Thursday, January 24, 2008

Secerah Bulan Purnama

Malam ini
Satu malam dari malam yang dianugerahkan
Sinar mentari tiada bersama
Namun hati ini
Secerah bulan purnama

Saat ini,
Di kala manusia dengan pelbagai gaya
Dari orang tua kegeringan
Kepada orang muda keriangan
Padahal tanpa sinar iman
Disisi

Maka, adakah lagi mereka,
Yang perihatin dan bermaya
Melawan arus rasa
Merawat jiwa luka
Akibat sengketa
Yang cuba membinasa

Jangan biarkan hati
Bermaharaja di hutan rimba
Kerana di situ
Bukan tempatmu

Pulanglah ke destinasi abadi
Penuh hakiki
Penuh suasana harmoni
Untuk dikecapi
Untuk dimiliki

Sekalung salam buat pejuang
Sekudus Doa buat musafir
Seungkap kata buat mereka
Seeru 'ala baarakatillah

Monday, January 21, 2008

Sebuah Hidup ini

Hidup di dunia ini,
Bukanlah segalanya
Tidak selama yang disangka
Tidak lebih dari satu jangkamasa
Yang ditetapkan

Di atas kehidupan ini
Binalah obor menerangi umat
Yang sering kelalaian
Sering rasa ketinggalan
Lantas mengejari sebuah kehidupan

Sebenarnya hidup ini
Hanya satu jelapang
Tempat membajai benih amal
Yang hasilnya
Menjadi bekalan kehidupan
Menyejukkan mata memandang

Lantas
Keceriaan yang tercipta
Memungkinkan manusia dan para hamba
Mensyukuri sebuah kehidupan
Hingga akhirnya mengenal siapa Tuan
Menelusuri jalan nan indah
Menuju ke sana
Sebagai pengkalan abadi
Sebagai destinasi
Jauh lebih indah dari mimpi mimpi