Sunday, June 29, 2008

Keliru

Manusia
Terpingga pingga
Diulit cerita dan cereka
Mengisi masa di ruang maya
Tanpa sempadan memisahkan kita

Secebis rasa dan perasaan
Mentertawakan satu pengertian
Di kala manusia lupa pada Tuhan

Lalu semuanya seakan keliru
Kelabu kian menggantikan biru
Melahirkan suasana yang cukup haru

Maka bertanyalah pada jauharinya
Yang mana lebih bernilai permata
Antara amalan yang mencukupi kita
Dan syukur yang diucapkan tak terkira
Bila mana manusia mengerti tanpa makna
Bahawasanya
Hidup yang ada ini cuma pinjaman sementara
Mereka yang pernah mengajar kita erti bahagia
Akan pergi dengan kehilangan yang tidak lagi terasa

Thursday, June 26, 2008

Suci Dalam Debu

Waktu Seusia Remaja
Nyata Ramai Yang Alpa
Pastas Pula Menyahut Leka
Lalu Mengikut Jejak Si Dia
Mengisi Segenap Jiwa Dan Minda

Barangkali
Senja Yang Bakal Berlabuh
Masih Dikira Teramat Jauh
Seronoknya Jalan Yang Ditempuh
Menjadi Modal Kepada Iman Yang Rapuh

Lalu Ditemui Kebenaran
Bersinar Di Dalam Khayalan
Terpancar Di Dalam Nur Iman
Segalanya Tenang Mengasyikkan
Mengulit Ketabahan Dan Kekentalan

Namun Dunia Itu Pasti Berubah
Umpama Bumi Yang Diisi Air Bah
Walaupun
Tanpa Rasa Kekok, Tanpa Rasa Megah
Memasuki Jendela Kehidupan Penuh Gah

Tapi Akhirnya
Tersedar Dari Lena
Bahawasanya
Hidup Ini Penuh Makna
Tidak Semudah Disangka
Yang Dihadap Tak Terbela
Yang Dikendung Terlepas Jua

Bukan Mahu Mengalah
Bukan Mencari Penyudah
Dengan Bisikan Hati Yang Gundah
Namun Seandainya Segalanya Punah
Pastikan Jiwa Itu Tetap Dan Gagah

Wednesday, June 18, 2008

Selaut Kasih Serimbun Teduhan

Manusia Dicipta
Pelbagai Gaya Rupa
Pelbagai Pula Citarasa

Segalanya Tersembunyi
Dalam Ilmu Yang Hakiki
Meskipun Kita Dibekali
Dengan Ikhtiar Dan Peduli
Untuk Meminta Yang Dihajati
Antara Hayat, Jodoh Dan Rezeki

Lautan Kenangan Itu Mengelisahkan
Mahu Diteguk
Tak Akan Berkesudahan
Kerana Masin Itu Mendahagakan
Mahu Dibiar
Makin Dicemburui Waktu
Mencemaskan Akal dan Kalbu
Mahu Dilepas
Semakin Sesak Nafas
Hampir Tenggelam Dan Lemas

Mengharap Selaut Kasih
Menjadi Serimbun Teduhan
Pasti dan Masih
Ianya Menuntut Kepedihan
Tatkala Kejahilan Terus Menemani Pengertian

Monday, June 16, 2008

Jiwa Merdeka

Kaya Dan Berharta
Bukanlah Segalanya
Bahagia Dan Sengsara
Silih Berganti Menjelma
Menjejaki Jiwa Dan Rasa

Jiwa Yang Merdeka
Tiada Pada Hati Yang Leka
Tiada Juga Pada Yang Berharta
Andai Ketenangan Bukan Sebaik Kurnia

Kerana Yang Tenang Itu
Bukan Pada Milikan Sesuatu
Kerana Pada Yang Tenang Itu
Pasti Akan Ditemui Dan Bersatu
Di Atas Janji Yang Sekian Lama Dipadu

Jangan Biarkan Jiwa Kosong Dan Hampa
Bilamana Ketiadaannya Mula Mengisi Kecewa
Kerana Janji Yang Bakal Menanti Semua Kita
Tidak Pernah Dimungkiri Oleh Seorang Pecinta

Last Breath

Sunday, June 8, 2008

Andai Emas Permata Milikku

Andai Dunia Ini
Yang Penuh Seni
Dan Penuh Harmoni
Mengisi Sanubari Ini
Dengan Segala Yang Diingini


Pasti
Segalanya Nanti
Indah Dan Berseri

Namun
Hidup Ada Kalanya Hambar
Dari Kecil Hinggalah Besar
Hanya Meniti Jalan Yang Sukar

Andai
Emas Dan Pemata
Menjadi Milik Kita
Belum Pasti Derita
Tidak Menghambat Kita

Jangan Dikejar
Segala Yang Sukar
Kerana Pada Ikhtiar
Ada Harga Yang Perlu Dibayar