Sunday, July 13, 2008

Hati Sejahtera

Manusia
Bila Berpunya
Menganggap Segalanya
Sepenuh dan Seluruhnya
Telah Menjadi Miliknya

Kerana
Mereka Lupa
Di Sebalik Kurnia
Ada Tuan Yang Empunya
Yang Berhak Di Atas Segalanya

Kiranya Hati Bercahaya
Pasti Tiada Segala Curiga
Kiranya Hati Sejahtera
Pasti Ingat Pada Syurga

Bersyukur Di Atas KurniaanNya
Pasti Menemukan Kita Dengan Jawapannya

Kerana
Yang Mencukupi Erti Seorang Hamba
Mungkin Tidak Akan Selamanya Terasa
Sehingga Mati Itu Datang Menjemput Kita

Saturday, July 5, 2008

Protes

Protes
Andai Itu Yang Dimahu
Andai Itu Yang Diperlu
Untuk Mengingatkan Aku
Jalan yang Hendak Dituju
Dan Diseru

Protes
Bukan Untuk Melawan Arus
Bukan Untuk Pedang Dihunus
Tanpa Pemikiran Yang Serius

Tapi Protes
Untuk Mengajar Manusia
Bilamana Telah Mulai Lupa
Alpa dan Leka Pada Sebuah Cinta
Lalu Mengambil Langkah Penderhaka
Menceroboh Hak Milik Sekalian Manusia
Dan Tuhan Yang Maha Gagah Lagi Perkasa

Lalu Protes
Mengisi Hati
Menyapa Leka
Manusia Mula Ketawa
Di Saat Cita Bertemu Dengan Yang Dipinta
Bersyukurlah Sebanyak Banyak dan Seadanya