Wednesday, May 21, 2008

Cinta Nasuha

Cinta Itu
Membawa Satu Pengertian
Menggamit Satu Kenangan
Mengungkap Satu Persoalan
Akan Apa Sebenarnya Kepastian

Kerana Cinta Hakiki
Bukan Senang Dicari
Bukan Mudah Dimengerti
Bila Iman Masih Tiada Disisi

Cinta Sebenar Cinta
Hanya Ada Pada Pencipta
Hanya Wujud Bila Cita Dicipta
Berbalas Ia Dengan Kasih Dan Air Mata
Saat Seorang Hamba Mengatur Zikr Dan Doa
Mengharap Ampun,Kesian Belas Serta RedhaNya
Di Kala Sebenar Taubat Menjadi Sebenar benar Cinta

Sunday, May 18, 2008

Harapan Menjelmai Kenyataan

Tidak Salah
Untuk Ku Menaruh Harapan
Pada Satu Impian Yang Dinyatakan
Kerana Manusia Itu Nyata Dijadikan
Berperasaan Dan Juga Ada Berkeinginan

Tidak Payah
Untuk Kita Melabuhkan Tirai Cinta
Pada Mereka Yang Dirasakan Istimewa
Walau Kasih Sayang Bukan Boleh Direka
Kerana Tempat Berteduh Berganti Senja

Kalau Dikira Salah
Kalau Dihitung Susah
Pasti Hanya Layak Kita Pasrah
Pada Segala Yang Datang Tidak Berhelah
Kerana Perkiraan Kita Tidak Begitu Mudah
Kerana Perhitungan Kita Tidak Semuanya Indah
Sebagaimana Dipinta
Sepertimana Didamba

Namun Pada Harapan Itu
Sesuci Hembusan Angin Dan Bayu
Setulus Laungan Azan Nan Mendayu
Memanggil Sebagaimana Yang Diseru
Pada Kejayaan Yang Menunggu Dan Dituju

Menghimpun Kekuatan Itu
Bukan Sekadar Diam Membisu
Bukan Jua Menjadi Seorang Penunggu
Titipan Doa Dan Munajat Jadi Peneraju
Satu Kehidupan Yang Penuh Duri Dan Liku

Thursday, May 8, 2008

Bumi Itu Luas Terbentang

Perjalanan Menuju Kesejahteraan
Bermaksud Menjalin Cinta Dua Zaman
Renungkan Pada Mencari Kebenaran
Kerana Hati Boleh Berbolak Kebingunan

Pada Mencari Yang Hakiki
Bukan Bermaksud Menolak Rezeki
Walaupun Kenikmatan Dunia Dianggap Daki
Dengan hasil Dunia, Akhirat Kita Jejaki
Agar Anak Cucu, Kita Tinggalkan Berbaki

Bumi Itu Luas Terbentang
Bukan Hanya Sejauh Mata Memandang
Bukan Setakat Lautan Dan Gunung Ganang
Langit Dan Cakerawala Dihiasi Bintang
Segalanya Menjadi Lambang Kasih Sayang
Yang Tidak Terhitung Dan Tidak Terbilang

Mengapa Dikisahkan Pada Perpisahan
Cinta Manusia Itu Hanyalah Gubahan
Sedang Cinta PadaNya Menjadi Pertaruhan
Kesempurnaan Sebuah Cinta Milik Tuhan

Jalinkan Cinta dan Kasih Sayang PadaNya
Sementara Cita Dan Hasrat Itu Masih Ada