Wednesday, April 30, 2008

Yang Dirancang Dan Terancang

Merancang itu mudah
Namun hasilnya sukar diduga
Berbincang itu tidak susah
Namun konklusinya boleh apa saja

Berkerja atas perancangan
Umpamakan cita menempa sejarah
Biar penuh sesak dengan halangan
Namun dihajatkan jua langit yang cerah

Ada kejadian yang dirancang berjaya
Ada yang tidak dirancang pula
Beroleh sesuatu yang tidak diduga
Manusia hanya melengkapkan usaha
Namun di sana ada Pengendalinya

Biarlah yang dirancang dan terancang di sana
Saling lengkap bertegur sapa
Bertemu penuh syahdu
Bepisah penuh rindu
Kerana yang dipinta
Bukan intan dan permata dunia
Tetapi hidup yang menuju syurga
Moga senantiasa didoa
Moga berjaya seisinya
Moga tidak alpa
Siapa kita

Thursday, April 17, 2008

Janji Tuhan

Pada sebuah pengharapan
Ada pelbagai penyelesaian
Pada sekalung doa
Ada yang diterima
Ada pula tanpa dipinta
Datang ia tidak disangka

Bersangka baik padaNya
Akan JanjiNya
Akan KurniaanNya
Kerana segalanya
Tertera untuk kita

Yang pasti tidak berputus asa
Tidak kecewa
Tidak hampa
Apa jua

Kerana segalanya yang datang
Bukan sekadar angin lintang
Bukan pula panahan bintang
Yang terjadi tanpa peringatan
Kerana ianya di dalam perhitungan
Janji Tuhan yangg pasti dikotakan

Saturday, April 12, 2008

Sedetik Masa Berlalu

Sedetik masa berlalu
Seriang angin mendayu
Menyapa seorang aku
Dalam keheningan malam yang syahdu

Sesaat detik pergi
Sesuram suara hati
Terbuku di dalam sepi
Terkurung merentap seri

Seketika waktu meninggalkan
Sekelam awan membawa hujan
Tersirat rasa kepahitan
Terlitup segala kemanisan

Aku di situ
Bukan menghitung detik, saat dan waktu
Lantaran masa itu pantas berlalu
Kerana yang hidup bakal membujur kaku
Meneruskan kehidupan ke tempat dituju

Aku di sana
Mengharapkan sejuta warna
Demi membawa mesej bahagia
Pada cita dan cinta yang sejahtera

Biarlah mereka berprasangka
Biarlah orang mengata
Kerana pedih yang bakal menimpa
Tidak mengenal isteri, waris dan keluarga
Tidak dihitung melainkan dosa
Lantas cerita dan cereka yang dijaja
Hanya membawa dia dan mereka
KE gerbang neraka